Wednesday, 7 November 2012

Cikgu Matematik

 


    Bila aku tengok gambar Board Of Director UniKL,tempat aku kerjaada salah seorang Director tu saling tak tumpah dengan Cikgu Matematik aku di Convent Peel Road tahun 1996. Ketika itu aku tingkatan 3H. Kelas yang bermasalah dengan kebersihan. Hahahahaha.....Setiap bulan hari Isnin minggu pertama dapat reward Kelas Paling Kotor. Bukan apa kami lupa nak duty pagi-pagi sebelum masuk kelas. Walubagaimanapun aku bangga sebab kelas 3H la kelas yang paling tinggi peratusannya dalam akademik. Tahniah semua dan paling nak ucapkan tahniah kepada cikgu-cikgu kami. Cikgu Adila (cikgu BI), Cikgu Hasnah (cikgu Geografi), Cikgu Habsah (cikgu Math), Ustazah Habsah(cikgu Pend. Islam), Puan Nyoya (cikgu Sains), Cikgu Haliza (cikgu BM), Puan Zaiton (cikgu pendidikan jasmani yang paling garang), Puan Hairiah (cikgu sejarah merangkap guru disiplin yang laser mulunya). Dalam kesemua cikgu-cikgu aku ni yang paling aku ingat trademark bercermin mata besar ala-ala 60-an dia adalah Cikgu Math iaitu Puan Habsah.

   Berbalik pada Director UniKL dan cikgu Math aku tu... muka, nama, and spec hampir sama. Rindunya aku dekat cikgu Habsah ni. Cara pengajarannya yang bersahaja dan membuatkan aku dan teman-teman aku benar-benar faham akan Matematik. Senang rupanya Matematik ni. Dia memang superb. Paling aku ingat bila dia tak bawa set geometri khas untuk cikgu. Set tu besar, dia boleh guna tangan je. Tapi still dapat menerangkan pada pelajar dengan faham dan mudah. Di manakah dia sekarang ni?..Rindu sangat. Aku nak sangat jumpa dia. Nak ucapkan terima kasih pada dia. Sebab dialah aku paham buat Matematik walaupun Math aku hanya B pada PMR dan 3 pada SPM. Kalaulah asas aku tak tau memang aku lemah le smpai sekarang dengan Math tu. Aku anggarkan cikgu aku tu dah berumur 50 lebih may be dah masuk 60 tahun kot. Cikgu....andai kata cikgu terbaca blog saya ni tinggalkan lah pesanan untuk saya atau phone number atau FB kalau cikgu ada......

Nama saya : Zuraini Bt Ajamain
Phone Number : 012-3852003
FB: Zuraini Ajamain

No comments:

Post a Comment